Wednesday, March 24, 2010

Apa kata mereka?

Buat pertama kalinya Imanaz Car Rental Service mengambil sedikit kesempatan untuk menemuramah beberapa pelanggan kami dalam mendapatkan komen & kritikan, maklumbalas atau cadangan yang rata-ratanya terdiri dari golongan bujang & berkelamin, tua & muda, dan juga pelajar mahupun yang sudah bekerjaya.
Terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada semua penyewa-penyewa kami yang sudi meluangkan masa untuk ditemuramah. Segala komentar dan usul yang diberi akan kami manfaatkan sebaiknya.
Dibawah adalah antara maklumbalas yang diterima dan kami olahkan semula untuk tatapan pembaca.


Bagi pendapat saya, harga di Imanaz berpatutan dan servis yang diterima amat memuaskan-Amri (pelajar/berkerjaya)


Mudah berbicara dalam mendapat atau memberi pandangan tentang kereta yang hendak disewa-Che Nina (berkerjaya)


Saya amat berpuas hati dengan harga yang ditawarkan, ia amat membantu kewangan kami sebagai pelajar. Servis penghantaran yang cepat tak kira siang atau malam-Zubaidah (pelajar)


Kereta Savvy yang menarik, murah. Boleh sewa tak kira siang atau malam, layanan diterima seperti ahli keluarga sendiri =) -Eddy (pelajar)


Terima kasih di atas kehadiran Aiman di majlis harijadi anak kami, tiada kritikan yang dapat ditulis cuma ucapan terima kasih di atas servis dan layanan yang diberikan. Pandangan saya tentang Imanaz ialah Murah, Kereta yang baik juga perkhidmatan kelas A-Encik zahari & Puan Mahanum


Van yang bagus, semua keluarga saya suka dengan van yang disewa. Percutian menjadi seperti yang dirancangkan.Terima Kasih Imanaz-Raja (pemandu)


Sehingga sekarang saya masih menggunakan khidmat kereta sewa dari Imanaz-Anne


Sokonglah perusahaan yang diusahakan oleh anak bumiputra-Cikgu Noren (pesara guru)


Kami menggunakan kereta sewa secara bulanan, mudah! murah! keadaan kondisi kereta akan dipantau sekali sekala oleh pihak Imanaz dalam memastikan kereta yang kami gunakan berada dalam keadaan baik untuk kemudahan kami. Cadangan agar tambahkan lagi kenderaan yang pelbagai seperti lori, 4x4, SUV & MPV-Jimmy leow/kanan (pengusaha)

"Terima Kasih Daun Keladi" kerana sudi mendapatkan khidmat kami.

Setiap nama, dan maklumbalas yang diterima telah kami olah berdasarkan dari sumber yang sebenar.

No comments:

Post a Comment